Ketika nak ON Transformer pertama kali, kadang-kadang ia akan trip pada hi set EF. Kadang-kadang tak, boleh ON macam takde apa2.
Transformer Magnetizing Inrush - Apa yang berlaku?
===========
Transformer besar atau kecil, tetap akan ada inrush untuk magnetizing core transformer tersebut. Nilai inrush berbeza-beza dan tidak tetap, dan bergantung kepada keadaan sebelum nak energize... contohnya adakah transformer baru dibuat DC test seperti insulation resistance test pada windingnya, dan sudahkah ia dinyahcaskan sebaik mungkin. Jika tidak dinyahcas dengan betul, akan ada tinggalan DC tersebut (remnant magnetism) yang mana akan berlawan sebentar pada awal energizing dan inrush boleh mencapai lebih tinggi dari biasa.
Bila energize-trip-energize-trip-energize-trip... hingga berjaya, nilai inrush tersebut semakin berkurang... sbb setiap kali energize tu, dia sudah charge sikit demi sikit core transformer tersebut. Tuan boleh perhatikan pada Generator + Step Up Transformer, bila start generator bersama transformer tersebut, tiada inrush yang berlaku sbb voltage build up dari terminal generator bermula dari zero dan naik secara perlahan sehingga ke full voltage.
Kenapa biasanya trip EF Hi Set?
===========
Ketika energizing, nilai inrush pada ketiga-tiga phase tidak sama. Biasanya 2 phase (R,B) lebih tinggi dari Y atau sebaliknya bergantung kepada construction core transformer. Tuan boleh search pasal Excitation Current Test utk Transformer. Tuan-tuan boleh perhatikan no load current transformer, sama juga perangainya.
Memandangkan bacaan CT untuk EF adalah kebiasaaannya menggunakan jenis summation CT, jadi summation pada awal energizing ini TIDAK ZERO --> ini akan diertikan sebagai EF current oleh protection relay (padahal bukan). Jika nilai "EF" cukup besar dan cukup lama, ia mampu untuk mencapai setting EF yg ada dan tripkan breaker.
Satu lagi punca yang boleh trigger EF adalah keupayaan CT untuk membaca in rush current. Kadang2 jika inrush terlampau besar dan CT tidak disaizkan sebaiknya untuk membenarkan bacaan in rush atau short circuit, CT akan tepu (saturate) dan memberi bacaan berbeza antara CT. Jadi Summation CT akan memberi bacaan EF.
Apa yang boleh buat nak elakkan benda trigger nuisance EF masa energize Transformer ni?
===========
1. Nyahcas transformer sebelum energize betul2 terutama selepas DC tests. Jika inrush current tinggi luar biasa, boleh gunakan equipment Demagnetizion keluaran Omicron atau brand lain untuk nyahcas remnant magnetism dalam transformer.
2. Gunakan EF Relay with 2nd/5th harmonic inrush restraint - Inrush ini biasanya high content dalam 2nd and 5th harmonic currents. Jadi relay ini bijak untuk tahu yg sebenarnya ini adalah inrush dan bukan actual short circuit/ earth fault. Relay akan block bacaan EF pada waktu ini.
3. Setkan delay yang cukup untuk membenarkan masa sehingga inrush ni dah settle down. Transformer yang besar mcm 50MVA ke atas boleh mengambil sehingga beberapa saat untuk settle inrush current.
4. Disable-kan terus EF ketika energizing. Enable semula selepas current dan kembali kepada paras no load current.
5. Point of Wave Switching to reduce in rush and switching transients.... boleh read up lagi di sini https://www.enspecpower.com/wp-content/uploads/2020/07/Transformer-Point-on-Wave-Switching-with-a-3-pole-Circuit-Breaker.pdf?fbclid=IwAR0YKeP68a1D1ir5DymgaAXbQZ1u0R67yT8Zqu4Vc-GH3i4pn8Ki8HGPDlk
========
SUBSCRIBE UNTUK SELANJUTNYA
========
Harap dapat memberi manfaat pada rakan2 sekalian. Jangan lupa subscribe untuk info dan ilmu elektrikal di:
Youtube Channel: https://www.youtube.com/c/CruxOfEE
Website: http://www.cruxofee.com/
No comments:
Post a Comment